Saturday, 14 March 2015
Friday, 13 March 2015
Thursday, 12 March 2015
Pelan Tindakan Perubahan Dalam Bidang Pendidikan
Perubahan
dalam pendidikan tidak dapat dielakkan. Perubahan yang berlaku kadangkala
mewujudkan ketidakpastian. Ketidakpastian dalam pendidikan mestilah dielakkan
kerana jikalau berlaku ia akan meruntuhkan masa depan generasi muda pada masa
akan datang. Perubahan juga adalah berbentuk kompleks di mana perubahan itu
dikaitkan dengan proses Evolusi dan Revolusi. Evolusi ialah proses perubahan
yang berlaku secara perlahan tetapi dalam jangka masa yang panjang atau lama
manakala Revolusi pula ialah proses perubahan yang berlaku secara drastik dan
pantas. Proses revolusi akan meninggalkan kesan yang membinasakan.Perubahan adalah merupakan sebahagian dari kehidupan kita
seharian. Tiada sesuatu di dunia ini yang kekal atau tidak berubah. Tekanan
arus perubahan telah meningkat secara dramatik dalam tahun-tahun kebelakangan
ini dan menunjukkan tanda akan berterusan meningkat.
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke
arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta mampu memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”.
JENIS-JENIS PERUBAHAN
Mengikut Dessler, terdapat 4 jenis
perubahan :
1)Perubahan ke arah Peningkatan
Perubahan yang memberi kesan
kepada komponen-komponen tertentu dalam sesebuah organisasi iaitu mengadakan
program pembangunan pekerja untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti
pekerja. contohnya mengadakan kursus yang mengambil masa yang lama untuk
melahirkan pekerja yang berkualiti dan produktif. Selain itu, berlakunya
perubahan dan struktur organisasi dan juga memperkenalkan teknologi baru
seperti memperkenalkan teknologi multimedia atau penggunaan komputer kepada
pekerja supaya mereka tidak terasa terasing dengan teknologi yang canggih pada
masa sekarang dan dapat mempelajari sesuatu yang baru.
2) Perubahan Strategik
Organisasi
Perubahan yang melibatkan keseluruhan organisasi seperti menjelaskan
semula peranan sesebuah organisasi iaitu peranan organisasi itu perlu diketahui
oleh masyarakat supaya mereka dapat menilai kebaikan atau kelemahan yang
terdapat pada organisasi tersebut. Selain itu, ia melibatkan perubahan
nilai-nilai yang terdapat dalam organisasi. Contoh teras organisasi itu adalah
rajin, kerjasama, komitmen, bertanggungjawab, hormat-menghormati dan
sebagainya.
3) Perubahan Reaktif
Perubahan berlaku akibat tindak balas langsung
daripada pelanggan dan pihak yang berkepentingan.
4) Perubahan Akibat dari
Jangkaan
Perubahan yang dilakukan bukan disebabkan oleh desakan pelanggan
tetapi kerana terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan (orang yang
menguruskan) yang perlu diadakan perubahan bagi membolehkan organisasi mendapat
kebaikan yang sewajarnya
Cara Mengendalikan Stress di kalangan Guru
Stress dalam kalangan guru dapat dikendalikan dengan
strategi berikut:
1. Kenal pasti reaksi emosional
Apabila keperluan emosi dapat dikenal pasti maka seseorang
guru boleh menangani stress dengan cara yang lebih positif. Contoh situasi,
seorang guru perempuan tidak bersefahaman dengan pengetua di sekolahnya. Guru
tersebut telah menangani stress dengan cara yang negatif, iaitu menengking
pengetua itu. Setelah guru tersebut mengetahui keperluan emosi dalam dirinya,
guru tersebut sedar bahawa tindakannya adalah kerana suatu masa dahulu ayahnya
telah menggunakan pendekatan yang sama oleh pengetua itu, iaitu lagak bapa yang
menghukum anaknya. Guru tersebut sedar bahawa dia inginkan pengetua itu
menghargai beliau. Guru tersebut telah berhadapan dengan pengetua dan
memberitahu perasaannya itu. Akhirnya, hubungan mereka berjaya dipulihkan.
2. Komitmen sosial
Apabila berhadapan dengan stress, guru memerlukan sokongan
daripada orang-orang di sekelilingnya. Oleh itu, komitmen sosial amatlah
penting.
3. Kehidupan fizikal
Stress menjejaskan kesihatan dari segi imunisasi tubuh. Oleh
itu, seseorang guru harus tahu teknik yang berkesan untuk menangani stress
terutamanya menjelang peperiksaan pelajar dan pertukaran pentadbiran di
sekolah.Pengetahuan dalam senaman rutin dan pelan makanan seimbang boleh
membantu guru menangani stress.
4. Intelek
Guru hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap
intelek yang serupa dengan mereka kerana aspek intelek boleh membantu guru
menangani stress (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).
Stress jika dibiarkan, boleh mendatangkan kesan sampingan
yang tidak baik. Justeru adalah penting untuk mengubah diri individu untuk
menangani stress dengan cara yang terbaik. Kenal pasti punca yang menyebabkan
masalah tersebut dan ubah. Dengan mengetahui punca stress tersebut, individu
bukan hanya meringankan masalah kini malah menghindarkan berulangnya masalah
serupa pada masa akan datang. Contohnya, jika seseorang guru kecewa dengan
perbalahan dengan pelajarnya, guru tersebut mungkin menyedari bahawa punca
kekecewaannya itu bukan disebabkan oleh tingkah laku pelajar tetapi harapan
yang tidak realistik guru berkenaan. Dengan mengubah standard yang ingin
dicapai, guru tersebut akan mendapati bahawa tingkah laku pelajar tidak lagi
mengganggunya.
Bagi mengatasi masalah tersebut juga, Goleman (1999) telah
menyarankan lima faktor atribusi terhadap masalah stress/burnout. Faktor-
faktor tersebut ialah:-
a) Kesedaran Kendiri (self-awareness)
b) Pengawalan Kendiri (self-regulation)
c) Motivasi Kendiri (self-motivation)
d) Empati
e) Kemahiran Sosial (social skills).
Faktor atribusi pertama iaitu kesedaran kendiri bermaksud
kebolehan seseorang guru untuk mengetahui perasaan mereka dalam satu-satu
situasi dan keupayaan mereka untuk memilih keutamaan panduan dalam membuat
keputusan. Seseorang guru yang mempunyai kesedaran kendiri juga mempunyai
penilaian yang realistik tentang keupayaan diri dan mereka mempunyai keyakinan
diri yang kukuh.
Pengawalan kendiri (self-regulation) dimaksudkan sebagai
kebolehan mengurus emosi agar ianya memudahkan dan bukannya mengganggu dalam
menyelesaikan sesuatu tugasan. Guru yang boleh mengawal diri mereka sentiasa
berhemah dan boleh menangguhkan sementara perasaan negatif mereka. Guru
sedemikian juga cepat pulih daripada tekanan emosi.
Guru yang mempunyai motivasi kendiri (self-motivation)
berupaya menggunakan kehendak diri dalam menggerak dan memandu arah mereka
untuk mencapai sesuatu tujuan. Motivasi kendiri boleh membantu seseorang dalam
mengambil inisiatif dan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri. Individu
dengan motivasi kendiri yang tinggi sentiasa tabah apabila menghadapi masalah
atau dalam keadaan kekecewaan yang tinggi.
Empati merupakan faktor atribusi yang boleh membantu
seseorang mengesan perasaan orang lain. Sifat berempati juga membolehkan
seseorang guru melihat atau memahami sudut pandangan orang lain. Sifat ini juga
boleh menjadi faktor pencetus dan penyubur kemesraan dan keserasian dengan individu
dari pelbagai latar belakang. Individu yang mempunyai sifat empati boleh
menyelami keperitan, kesusahan, kekecewaan atau keraguan seseorang terhadap
sesuatu perkara. Seseorang yang boleh menunjukkan sifat berempati akan lebih
mudah berinteraksi dengan orang lain terutama dalam proses membantu seseorang.
Guru perlu memiliki sikap ini supaya dengan mudah memahami dan mendekati murid.
Murid akan berasa selesa bersama guru dengan adanya kemahiran tersebut.
Kemahiran bersosial (social skills). Faktor kemahiran
bersosial ini membolehkan seseorang yang mengurus pelbagai emosi secara efektif
dalam perhubungan. Mereka juga mampu mentafsir dengan tepat situasi sosial dan
jaringannya selain daripada mahir memujuk dan memimpin. Seseorang guru yang
mempunyai kemahiran bersosial yang berkesan juga mampu menjadi pakar runding
yang baik disamping berkebolehan menyelesaikan konflik bagi mewujudkan
kerjasama dan semangat berpasukan dalam bilik darjah.
Selain itu hubungan interpersonal yang baik juga perlu bagi
guru antaranya berkongsi masalah dengan rakan sekerja, rakan sekerja sentiasa
memberi kerjasama dan sentiasa mendapat galakan daripada pentadbir atau
pengetua. Guru juga telah dibebankan dengan pelbagai tugasan pentadbiran yang
telah menjadi rutin pekerjaan mereka, umpamanya mengisi borang, mengutip yuran,
mengemas kini kedatangan pelajar, menyediakan laporan prestasi, menyediakan
soalan ujian dan peperiksaan, memberi bimbingan dan pelbagai lagi bagi
memajukan pelajarnya.
Stres yang berpanjangan boleh melemahkan mental dan
fizikal serta berupaya melemahkan secara signifikan kerjaya guru dan prestasi
pelajarnya kerana stress menjejaskan kualiti pengajaran dan komitmen para guru.
Keberkesanan sesuatu pendidikan adalah bergantung kepada pengerak utama sistem
ini iaitu guru-guru. Prestasi guru dan komitmen adalah penting bagi seseorang
guru untuk membantu anak bangsa dalam memperolehi kejayaan.
Punca Gangguan Emosi Guru
Tekanan merupakan satu pengalaman yang lumrah dalam
kehidupan manusia. Setiap manusia tidak dapat lari daripada tekanan yang boleh
berpunca daripada peristiwa-peristiwa dalam kehidupan baik dalam bentuk
fizikal, sosial dan psikologikal. Kesan tekanan ke atas seseorang individu
banyak bergantung kepada ciri-ciri dan sikap individu itu bagaimana untuk
mengatasinya.
Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai usaha
dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu usaha dalam
meningkatkan mutu sistem pendidikan di Malaysia. Dengan pelaksanaan
pelbagai-bagai reformasi ini, tugas, peranan dan tanggungjawab guru menjadi
semakin mencabar.Tekanan terhadap guru memang berkecenderungan untuk
menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa,
kekecewaan dan kebimbangan.
Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan
memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran
dan pembelajaran seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga
profesion perguruan. Bukan sekadar itu, masalah ini akan membantutkan usaha
mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan
dan kegemilangan mutu pendidikan.
Peratusan kadar stress dalam kalangan pekerja di Malaysia
yang telah dicatatkan pada tahun 2011 juga menunjukkan bahawa guru berada pada tempat keempat dengan
peratusan sebanyak 45.8 % berbanding pekerjaan-pekerjaan yang lain seperti
jururawat, doktor dan sebagainya. Statistik ini membuktikan bahawa tugas guru
ini bukan tugasan biasa dan mudah seperti yang diperkatakan oleh sesetengah
pihak.
Punca Stress/burnout
Punca stress/burnout di kalangan guru boleh dibahagikan
kepada dua kategori, iaitu punca profesional dan punca peribadi:-
Punca professional
1. Persekitaran kerja
Persekitaran kerja yang kurang kondusif boleh menjadi punca
berlakunya stres di kalangan guru. Misalnya ruang kerja yang sempit dan kelas
yang tidak selesa boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada guru. Ditambah
dengan kemudahan sekolah yang tidak mencukupi untuk keperluan sendiri dan pelajar
serta pelbagai isu pendidikan dalam negara.
2. Perubahan
Perubahan peningkatan populasi dalam masyarakat, peningkatan
taraf hidup dan jenayah yang memberikan impak negatif dalam tingkah laku
pelajar menyebabkan seseorang guru itu harus melakukan perubahan dalam
kehidupan profesional dan peribadinya. Perubahan boleh menyebabkan terganggunya
sistem keseimbangan dalam diri seseorang individu itu. Contohnya, banyak
perubahan telah berlaku dalam mobiliti masyarakat Malaysia pada hari ini.
Antaranya, penambahan golongan etnik dalam pendidikan. Pelajar dari golongan etnik
ini kurang fasih atau tidak tahu langsung berbahasa Melayu. Oleh itu, hal ini
memberikan tekanan kepada guru Bahasa Melayu untuk memenuhi kurikulum
pendidikan.
Punca peribadi
1. Kesihatan
Keadaan kesihatan guru yang terjejas akibat kemalangan atau
berlaku kematian dalam kalangan keluarga.
2. Perhubungan
Oleh sebab banyak perubahan dalam masyarakat pada hari ini,
misalnya peningkatan kadar jenayah, guru memerlukan sokongan dan hubungan yang
baik dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Apabila berlaku perselisihan faham
maka ini boleh menyebabkan stress terhadap guru tersebut.
3. Kewangan
Gaji yang rendah berbanding dengan profesion yang lain
membataskan aktiviti riadah dan taraf hidup seseorang guru.
4. Taraf hidup
Gaji yang rendah menyebabkan sukar untuk guru menikmati dan
memberikan taraf hidup yang baik bagi keluarga mereka. Disamping itu, memiliki
rumah sendiri juga sukar terutamanya bagi guru yang baru mengajar.
5. Aktiviti riadah
Gaji yang rendah membataskan pilihan guru melakukan aktiviti
riadah bersama keluarga
Bebanan tugas yang semakin mencabar
Peningkatan kualiti dalam aspek pendidikan masa kini menyebabkan
beberapa perubahan besar berlaku kepada sistem pendidikan kebangsaan. Beberapa
rangka program telah diperkenalkan oleh kementerian pendidikan demi menjamin
produk yang berkualiti dapat dihasilkan. Walau bagaimanapun, dengan pelaksanaan
program program ini, ianya memberi kesan yang besar kepada para guru.
Masa kini, profesion perguruan tidak hanya sekadar menjadi tenaga pengajar kepada klien iaitu murid tetapi terpaksa menjalankan tugas pengkeranian yang tidak pernah kehabisan demi menjayakan program program yang dilancarkan. Guru terpaksa menulis laporan, menjalankan kajian, mengumpul data kajian dan merangka perubahan terhadap peningkatan prestasi murid. Walaupun pada Oktober 2010, Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan satu kenyataan media berhubung dengan permasalahan ini, ianya tidak dapat membantu bebanan tugasan guru.
Masa kini, profesion perguruan tidak hanya sekadar menjadi tenaga pengajar kepada klien iaitu murid tetapi terpaksa menjalankan tugas pengkeranian yang tidak pernah kehabisan demi menjayakan program program yang dilancarkan. Guru terpaksa menulis laporan, menjalankan kajian, mengumpul data kajian dan merangka perubahan terhadap peningkatan prestasi murid. Walaupun pada Oktober 2010, Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan satu kenyataan media berhubung dengan permasalahan ini, ianya tidak dapat membantu bebanan tugasan guru.
Cabaran Seorang Guru
Sumbangan guru begitu besar sebenarnya terhadap sesebuah
negara bahkan sesebuah tamadun manusia itu sejak zaman-berzaman. Jika kita kaji
dan teliti, kebanyakkan tamadun manusia terdahulu yang maju adalah tamadun yang
mengutamakan pendidikan terhadap rakyatnya. Disini kita dapat lihat betapa
pentingnya peranan seorang guru.
Kerjaya sebagai seorang guru merupakan suatu pekerjaan yang
murni. Tambahan pula dikatakan guru mempunyai cuti yang banyak. Ada juga yang
mengatakan menjadi seorang guru senang dan memperoleh pendapatan tinggi dan
tetap. Tidak kurang juga yang menyatakan menjadi seorang guru merupakan ‘jalan
mati’ setelah profesion lain tidak memberikan peluang yang baik. Pelbagai
tanggapan yang boleh disimpulkan sama ada dalam kalangan masyarakat umum
tentang profesion guru.
Tugas pendidik atau guru bukan setakat menyalurkan ilmu
pengetahuan, tetapi merangkumi pendidikan akhlak kepada anak murid. Mengajar
dalam apa bidang sekalipun, aspek membina sahsiah peribadi seharusnya
diletakkan sebagai teras kepada usaha pendidikan itu.
Namun sebenarnya profesion menjadi seorang guru bukan
sahaja suatu pekerjaan yang murni dan baik malah menjadi seorang guru perlu
menggalas suatu tugas dan cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing dan
menunjuk ajar dalam proses membentuk seorang manusia untuk menjadi modal insan
yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Dalam mengharungi proses dan
sistem pendidikan tersebut khususnya di Negara kita seorang guru sering
menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan konteks tugasannya di bilik
darjah dan sekolah.
Dalam zaman serba moden serta mencabar, kerjaya guru juga
semakin mencabar. Banyak kali dilaporkan mengenai adanya segelintir kecil guru
yang tidak dapat mengawal emosi lantas mengambil tindakan menghukum anak didik
di luar batas etika sebagai seorang pendidik.
Justeru, guru perlulah sentiasa ingat bahawa mendidik
manusia memerlukan kesabaran tinggi dan nilai kasih sayang yang kental. Tanpa
dua sifat penting itu, guru akan berhadapan masalah. Panduan ditunjukkan
Rasulullah SAW perlu dijadikan amalan ketika memenuhi tugas mendidik anak
bangsa.
Antara cabaran profesion guru di sekolah rendah ialah tugas
seorang guru dalam menyampaikan pengajarannya dalam bilik darjah. Buat masa ini
guru terpaksa menggunakan pendekatan, teknik dan kaedah yang terbaharu dalam
sistem pendidikan yang diperkenalkan. Cara ‘chalk and talk’ bukan lagi suatu
kaedah yang sesuai. Guru mesti menguasai kaedah pedagogi yang sinonim dengan
pengetahuan sedia ada murid yang bersifat homogenius, menggunakan bahan bantuan
mengajar yang sistematik.
Apabila bahan bantuan mengajar digunakan guru
terpaksa menggunakan teknologi terkini dengan sumber kewangan yang terhad.
Kaedah berpusatkan murid mesti dilaksanakan dalam pengajaran seseorang guru.
Guru kena berfungsi sebagai medarator yang berkesan. Pencapaian objektif mesti
berbentuk eksplisit yang mampu merangsang murid memahami isi pembelajaran.
Penilaian secara formatif perlu dilaksanakan. Oleh itu, secara keseluruhan
sistem penyampaian guru dalam pembelajaran dan pengajaran bukan lagi berbentuk
stereotaip tetapi berbentuk proaktif.
Cabaran lain yang terdapat pada seseorang guru ialah seorang
guru diberikan pelbagai jawatan yang bukan sepatutnya dilakukan oleh seseorang
guru. Seorang guru terpaksa memegang beberapa potfolio dalam sesuatu
jawatankuasa yang diwujudkan atas kapasiti yang tidak berkaitan dengan subjek
yang diajar. Sebagai contoh, seorang guru yang sudah dilantik sebagai Ketua
Panitia subjek terpaksa menjadi ahli untuk jawatankuasa bagi pengurusan Hal
Ehwal Murid seperti Bahagian Perabot, Keceriaan dan Keselamatan sekolah serta
Pengurusan Bangunan dan Pemuliharaan Bangunan dan pelbagai ini. Dengan
kesibukan dalam menyediakan rancangan pembelajaran dan pengajaran dalam kelas
serta menanda latihan murid seorang guru terpaksa menguruskan hal-hal yang
sedemikian seperti sistem pemfailan, inventori, rekod kemas kini dan sebagainya
yang perlu dilengkapkan dan diurus dengan baik.
Cabaran ini kena dilaksanakan
oleh guru bagi membantu proses pembangunan dan aset sekolah. Untuk mengatasi
cabaran ini seorang guru perlu bijak mengagihkan masa semasa di sekolah iaitu
menyampaikan isi pengajaran dan melakukan penandaan buku semasa di bilik
darjah. Dalam proses tersebut guru perlu mengisi masa lapang atau masa tidak
mengajar untuk melaksanakan sistem pendokumentasian tersebut. Justeru itu,
seseorang guru perlu mengimbangi masa yang diperlukan mengajar dan melaksanakan
kerja-kerja samping tersebut. Kerangkaan kerja perlu disediakan dengan lebih
detail beserta dengan senarai semak.
Beberapa aspek lain juga menjadi pencabar kepada profesion perguruan masa kini. Antaranya ialah, pengenalan beberapa sistem secara online. Pengenalan kepada sistem online ini memang memberikan banyak faedah kepada guru, namaun, beberapa sistem yang diperkenalkan tidak dapat berfungsi dengan baik dan pentadbir sistem mengambil masa yang terlalu lama untuk memperbaikinya. Ini menjadikan kerja tergendala sedangkan sasaran kerja yang diperuntukkan kepada seorang guru sangat membebankan.
Selain itu, pengenalan program program tertentu tanpa diberikan penjelasan mendalam tentang cara mentadbir program tersebut juga menjadi satu cabaran kepada guru.
Kesimpulannya, dalam dunia pendidikan yang semakin canggih
seiring dengan perkembangan teknologi seseorang guru tidak boleh lari daripada
cabaran yang makin hebat sama ada dalam bilik darjah ataupun sekolah secara
amnya. Tugas mendidik dan mengajar di sekolah perlu dilaksanakan bagi
memastikan wawasan yang ingin dicapai melalui Falsafah Pendidikan Negara untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani
dan intelek (JERI) supaya menjadi rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkupayaan dalam
mencapai Wawasan 2020.
Emosi memiliki bentuk yang berbeza yang terdiri daripda
emosi berbentuk suka, sedih, marah, malu, takut dan sebagainya. Emosi
berkembang kerana motif/motivasi yang lahir dalam diri manusia. Motivasi dan
emosi adalah saling berhubungan iaitu apabila motivasi berada dalam keadaan
buruk maka emosi manusia itu akan menjadi buruk dan sebaliknya. Kesihatan
manusia adalah bergantung kepada kecerdasan atau kesihatan emosi.
Bagaimana untuk menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa.
Pelbagai cara dapat dipraktikkan untuk menghilangkan rasa
sengsara, sedih dan kecewa tetapi keberkesanannya terpulang pada ketahanan
mental, emosi dan kesabaran anda. Di sini, terdapat 7 tips asas untuk
menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara-cara untuk
berdepan dengan emosi tersebut.
Latih minda melupakan kenangan pahit.
Melatih minda melupakan kenangan pahit perlulah
diaplikasikan secara berterusan. Anda akan sering merasa sedih dan suram
apabila mengenang kembali kenangan pahit dan memori silam yang lalu. Kita
seharusnya memisahkan hubungan di antara perasaan kini dengan emosi yang lalu
bagi menetapkan azam dan fokus kepada keluarga, rakan-rakan, kerjaya, cita-cita
dan masa depan. Anda tidak dapat melupakan semua memori pahit secara serentak,
maka haruslah dilakukan secara berperingkat dengan mengalihkan perhatian anda
kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan
adanya disiplin diri.
Buang perasaan risau yang melampau.
Ada dua kesan dari sikap risau yang melampau, pertama ia
menarik masalah dan musibah dan yang kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan
anda dari segi fizikal dan mental. Perasaan risau yang melampau boleh membuat
anda selalu menjadi sedih dan kecewa malah takut. Anda haruslah belajar untuk
bertenang dan melatih diri anda mengawal emosi bagi mengurangkan perasaan risau
yang melampau.
Belajar rajin bersyukur.
Ucap syukur ke atas kesemua yang anda ada, misalnya ucap
syukur kerana anda masih boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur
dan juga mempunyai kawan rapat yang memahami. Ucap syukur seikhlas hati,
sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke
dalam diri anda.
Belajar menjadi pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif
dan emosi-emosi negatif (seperti takut, sedih, kecewa, marah, cemburu dan
dendam). Ia juga dapat meneutralkan gelombang fikiran negatif yang terdapat di
minda anda. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tak
memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu atau anda tak memaafkan kesalahan
orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Belajarlah menjadi seorang
pemaaf dan ia dapat menghilangkan perasaan-perasaan negatif dan menarik
ketenangan datang pada diri anda.
Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawalah apabila terdapat perkara yang menggembirakan anda
dan menjadikan anda girang. Tontonlah video yang lucu atau baca cerita yang
lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny
side" dalam setiap situasi, agar anda boleh ketawa secara semulajadi.
Ketawa dapat menghilangkan rasa sedih dan kecewa dalam diri anda.
Ubah fikiran
Kita tidak boleh mengubah situasi yang membuatkan kita
kecewa, sedih dan murung tetapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang
kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia.
Rahsianya, cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan. Walaupun perkara
tidak berpihak kepada anda, tetapi anda harus mencari cara bagaimana anda boleh
jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Anda menjadi apa yang anda selalu
fikirkan. Fikiran yang buruk akan mendapat akibat yang buruk. Ini hukum alam
dinamakan hukum sebab dan akibat atau dikenali ‘Law Of Attraction’.
Keraskan hati.
Keraskan hati anda bermaksud hati anda mempunyai kesabaran
yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka.
Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar
dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. Buat baik,
dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Itulah perlunya kita bersikap baik dan
berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.
Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya dan
lafazkan dengan nada berbisik, relaks dan tidak terlalu mendesak diri. Selepas
bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk anda dan
tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru itu hari yang baik, lebih baik
dari sebelumnya.
Emosi berdasarkan situasi
Emosi terkejut
Situasi : Seorang perempuan tua (nenek) tiba-tiba muncul tepat jam 6:20 Subuh Isnin
di hadapan pintu pagar rumah Tuan Haji Zamer.
Emosi takut
Situasi :
Sebaik ternampak kanak-kanak lelaki tersebut, Cinta bergegas ke
arahnya untuk bertanya soalan. Kanak-kanak tersebut ketakutan dan melarikan
diri.
Emosi marah
Situasi : Ibu memarahi Cinta kerana membuka pintu pagar disebabkan dia bimbang akan keselamatan Cinta.
Emosi gembira
Situasi : Firdaus seronok menceritakan tentang aktiviti yang dijalankan di
kelabnya itu, bukan sahaja mendendangkan lagu-lagu bahkan terdapat juga
persembahan wayang kulit yang diundang khas dari Kelantan.
Emosi hairan
Situasi : Cinta berasa hairan kerana tidak
mengetahui kehadiran WX2 di situ.
Emosi bersalah
Situasi : Cinta berasa hairan kerana tidak mengetahui kehadiran WX2 di situ.
Hubungan emosi dengan kesihatan manusia
Emosi yang sihat berkait rapat dengan setiap tindak-tanduk
kita, justeru ia wajar diberi perhatian. Apabila emosi sihat, perasaan serta
tindakan juga akan lebih terkawal. Individu akan lebih tabah menghadapi dugaan,
mampu menjalinkan perhubungan yang bermakna dan bersemangat kental. Mental
sihat, cergas dari segi mental bukan bermakna kita hidup tanpa sebarang masalah
dan kedukaan. Sebaliknya apa yang dimaksudkan di sini ialah keupayaan untuk
menghadapi segala cabaran dalam kehidupan bersandarkan kekuatan yang dimiliki.
Penjagaan fizikal jaminan emosi sihat, walau berapa pun usia, perhatian yang
diberikan terhadap kesihatan fizikal, iaitu dengan menjaga tubuh badan akan
sekali gus menjadikan mental lebih sihat. Hal ini kerana sewaktu bersenam, otak
dan sistem saraf akan menghasilkan sejenis kimia yang dinamakan endorfin yang
mampu menceriakan mood seseorang. Senaman dapat meredakan tekanan, mengurangkan
kerisauan dan kemurungan. Mengamalkan corak pemakanan yang seimbang dan
memastikan badan mendapat zat makanan yang diperlukan dengan secukupnya. Cara
paling mudah ialah dengan mengambil makanan tambahan.
Terlalu beremosi boleh membawa kemudaratan kepada kesihatan
disamping mengarahkan diri kepada penyakit-penyakit. Emosi marah yang
berlebihan dapat menyebabkan sakit jantung. Takut yang berlebihan menyebabkan
kemurungan. Kebimbangan yang berlebihan memudaratkan buah pinggang. Sedih yang
berlebihan menyebabkan sakit jantung. Malu yang berlebihan menyebabkan penyakit
seperti ulser dan penyakit hati
Kepentingan Emosi
Kelangsungan Hidup (Survival)
Emosi memberi isyarat (alert) apabila keperluan sebagai
manusia biasa tidak dipenuhi. Misalnya apabila manusia berada dalam kesunyian
oleh kerana keperluan untuk berhubung dengan orang lain tidak dipenuhi. Selain
itu, apabila manusia merasa takut yang disebabkan keperluan untuk keselamatan
tidak dipenuhi. Apabila kita diketepikan (rejected) disebabkan keperluan yang
diterima tidak dipenuhi.
Membuat Keputusan
Emosi menjadi punca maklumat berharga iaitu dengan membantu
manusia membuat keputusan Menurut kajian apabila sistem hubungan emosi dalam
otak terjejas atau rosak, manusia tidak akan dapat membuat keputusan walaupun
yang mudah kerana dia tidak tahu bagaimana dia akan rasa tentang pilihannya.
Membuat Jangkaan / Meramal Tingkahlaku
Melalui emosi dapat meramal tingkahlaku sendiri dan
tingkahlaku orang lain. Melalui pergerakkan tubuh individu mahupun reaksi
individu dapat menunjukkan akan keadaan emosi individu tersebut. Contohnya
emosi suka yang mana dapat diterjemahkan melalui reaksi senyuman dan ketawa.
Melalui reaksi tersebut dapat dibuat jangkaan bahawa seseorang individu itu
sedang berada dalam kegembiraan.
Menentukan Batasan
Emosi memberikan isyarat apabila diri tidak selesa dengan
perlakuan seseorang. Jika percaya dengan emosi dan yakin dapat menyatakan
perasaan akan dimaklumkan apa kita rasa atau berasas tidak selesa sebaik wujud
rasa tidak selesa. Tindakan ini membantu kita menetapkan batasan untuk menjaga
kesejahteraan, kesihatan fizikal dan mental.
Komunikasi
Emosi membantu kita berkomunikasi dengan orang lain.
Ekspresi wajah dapat menyampaikan maklumat tentang apa yang kita rasa pada
waktu itu. Misalnya seorang individu berada dalam perasaan sedih, tersinggung,
perlukan pertolongan dan sebagainya. Jika kita berupaya membaca gerak tubuh
atau isyaratnya, kita dapat membantu dan menunjukkan empati. Melalui emosi juga
membantu dalam komunikasi tanpa suara.
Kegembiraan
Emosi juga menjadi penting dalam membantu mengetahui bagi
manusia bahawa mereka gembira apabila merasa gembira. Apabila merasa gembira
kita berasa puas hati, selesa, nikmat perasaan yang datang apabila keperluan
emosi dipenuhi. Oleh itu, emosi menjadi perkara penting dalam membawa
penafsiran perasaan gembira dan suka.
Penyatuan
Emosi mungkin punca potensi utama menyatukan umat manusia
pelbagai agama, bangsa, budaya malahan pegangan politik. Emosi adalah bersifat
menyeluruh (universal) yang mana merangkumi empati, belas kasihan, kerjasama
dan kemaafan. Emosi juga boleh memecah belahkan umat emosi sepertimana emosi
benci dan marah. Melalui perasaan benci dan marah dapat menimbulkan
permasalahan dalam perhubungan seperti dalam institusi rumahtangga yang membawa
kepada berlakunya kes-kes penceraian mahupun anak lari dari rumah.
Pengurusan Emosi
Bolehkah kita tidak beremosi?
Jawapannya ialah tidak, kerana
apabila kita berada dalam keadaan emosi yang baik maka segala urusan yang kita
buat akan menjadi baik dan lancar. Kita akan bekerja lebih produktif. Emosi
juga membolehkan kita memahami emosi orang lain. Emosi yang dipamerkan juga
dapat menilai kematangan setiap orang.
Dalam membicarakan kematangan emosi pula, kita perlu lihat
dari lima sudut:
Kewarasan diri.
Ini merupakan kebolehan kita untuk menyedari perasaan kita
sendiri. Jadi, apabila kita beremosi, kita harus sedar apakah perasaan yang
sedag kita hadapi. Marah? takut? meluat? sedih?
Pengurusan diri.
Ini pula adalah kebolehan kita untuk menguruskan emosi diri
kita dan mengawal desakan dari dalam. Dari sini kita boleh lihat jika seseorang
itu tidak dapat mengawal emosinya maka dia akan memberontak dan mempamerkan
emosi yang sedang dia hadapi.
Motivasi diri
Motivasi merupakan dorongan kepada kita. Jika dilihat dari
sudut emosi pula ialah ia merupakan kebolehan untuk bertahan apabila berhadapan
dengan halangan yang boleh menyebabkan kita beremosi.
Empati
Empati merupakan kebolehan kita merasai apa yang orang lain
rasa. Ia bukan sekadar simpati, malah lebih dari itu. Contohnya jika rakan kita
mempamerkan emosi kegembiraan kerana mendapat kenaikan pangkat, kita akan
mempamerkan emosi yang sama juga seolah-olah kita pun mendapat kenaikan
pangkat.
Kemahiran sosial
Ini merupakan kemahiran kita mengendalikan emosi orang lain.
Kemahiran ini penting kerana kadang-kadang atas nasihat kita, kita berjaya mengawal
emosi orang daripada berlebihan. Tetapi ada juga keadaan dimana atas nasihat
kita, emosi seseorang itu akan jadi berlebihan.
Semua orang pernah beremosi. Pengurus pasukan bolasepak
perlu kemahiran sosial untuk untuk meningkatkan emosi pemainnya bagi mencapai
kemenangan. Ibubapa pula tidak seharusnya mempamerkan emosi ketakutan dihadapan
anak-anak jika berada didalam situasi yang menakutkan. Oleh itu, sama-samalah
kita mengurus emosi kita dengan baik kerana emosi ada baik dan buruknya.
Emosi Meluat dan terkejut
Terkejut
Seseorang
apabila dia menduga sesuatu akan berlaku tetapi yang terjadi itu adalah tidak
terduga maka akan membuat dia merasa terkejut dan akibatnya jiwa akan
tertekan. Semasa terkejut, degupan jantung akan bertambah dan kadang kala badan
akan menggigil.
Menurut ilmu perubatan China, rasa panik dan gelisah yang
muncul sepanjang waktu juga berhubungan dengan kesihatan jantung. Terlebih jika
kegelisahan itu disertai gejala-gejala seperti palpilasi (palpitations) atau
jantung berdebar dan peluh dingin.
Meluat
Meluat
Perasaan menyampah wujud dalam setiap manusia. Andai kata
sifat ini tidak dikikis, ia akan melekat di dalam hati dan lama kelamaan hati
akan bengkak kemudian hati akan sakit seterus rosak. . Sebelum itu cuba kita mendefinisikan maksud 'meyampah'.
Pada pendapat saya, perasaan menyampah ini lebih kepada sesuatu perasaan yang
tidak selesa atau tidak meyenangkan terhadap kelakuan atau tingkah laku
seseorang. Pertama kali, cubalah terima kelakuan orang dan hormati dia kerana
mungkin itu adalah sifat semulajadi.
Perasaan menyampah sering melanda kita dan perasaan ini
memang tidak selesa. Sukar juga untuk menceritakan rasa ini. Macam nampak
sampah, malah lebih teruk dari itu. Meluat, benci, marah, rasa macam nak
muntah....berbagai rasa tak selesa yang membentuk rasa menyampah. Nampak muka
orang yang kita menyampah, perasaan jadi terganggu. Melakukan kerja yang kita
tidak suka, perasaan terganggu. Ia boleh membunuh mood. Bila kita rasa
menyampah, yang lebih susah adalah diri sendiri sedangkan orang yang kita
menyampah terus hidup seperti biasa. Kerja yang kita tidak suka juga tidak akan
selesai. Lebih banyak rugi daripada untungnya. Jadi, jika dilanda rasa
menyampah, tindakan bijak ialah merawat rasa menyampah itu, jangan sampai ia
membunuh keceriaan. Membiarkannya memusnahkan keceriaan umpama membawa membawa
atau mengusung orang atau beban kerja tersebut dalam hati dan fikiran. Ia akan
mengikut ikut kita ke mana-mana.
Perasaan bangga. Perasaan ini tercetus apabila seseorang
berasa dirinya dihormati dan dihargai oleh orang lain atau apabila ia mencapai
apa yang diharapkan. Perasaan bangga juga boleh tercetus apabila seseorang itu
berjaya melakukan sesuatu hasil usahanya sendiri. Selain itu, rasa bangga juga
tercetus apabila seseorang itu dipuji kerana kelebihan yang dimilikinya oleh
orang lain. Sebagai contoh, seseorang pelakon akan berasa bangga apabila diri
mereka dipuji kerana mempunyai bakat dalam lakonan. Perasaan bangga juga boleh
membawa kepada kesan negatif. Sebagai contoh, apabila seseorang itu terlampau
berbangga dengan dirinya, mereka mudah terlupa dan seterusnya mungkin mulai
menjadi sombong. Perasaan bangga seharusnya dikawal agar tidak mendatangkan
kesan buruk terhadap diri sendiri dan orang lain.
Emosi Gembira
Perasaan gembira. Apabila seseorang berasa gembira, mereka
akan melahirkan rasa seronok dan menggalakkan mereka berkongsi perkara yang
gembira itu dengan orang lain. Perasaan gembira membuatkan seseorang berasa
bersemangat dan melupakan masalah yang dihadapi seketika. Apabila seseorang
gembira, pipinya terangkat, mata berbentuk bulan sabit serta bibir berbentuk
perahu. Kadang kala, perasaan gembira itu terlampau dan akan menyebabkan
seseorang itu menangis. Contohnya, apabila seseorang peserta nyanyian berjaya
memenangi sesuatu pertandingan, individu tersebut akan berasa gembira dan akan
memberitahu berita itu kepada ahli keluarga, sahabat, jiran tetangga dan
sebagainya.
Gembira ialah satu bentuk emosi yang menunjukkan kenikmatan,
keseronokan dan kepuasan. Terdapat beberapa pandangan farsafah mengenai
gembira. Menurut Aristotle, gembira ialah satu kejayaan dalam mengejar
kepuasan. Menurut Plato pula, sumber kegembiraan adalah melalui kehidupan yang
baik. Epicurean pula mengatakan untuk mendapatkan kegembiraan, kita perlu
memaksimumkan kepuasan dan meminimumkan rasa sedih atau sakit. Mills pula
berpendapat, kegembiraan ialah kewajaran antara semua sifat. Pada pendapat saya
pula, kegembiraan ialah suatu tidak dapat didefinisikan dengan perkataan yang
sesuai, namun ia hanyalah boleh dirasai, tapi yang penting semua orang di dunia
ini mencari kegembiraan.
Apabila seseorang gembira, mereka melahirkan rasa seronok
dan menggalakkan mereka bercakap mengenai sesuatu yang mereka sukai. Sebagai
contoh, apabila seseorang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan,
orang itu akan memberitahu berita tersebut kepada ibu bapanya, sahabat, jiran
dan sebagainya. Perasaan seronok membuatkan seseorang berasa tenang,
bersemangat, melupakan masalah yang sedang dihadapi dan sebagainya. Kadang
kala, apabila seseorang itu terlampau seronok, mereka akan menangis kerana
terlalu gembira.
Kegembiraan terbahagi kepada dua komponen utama, iaitu
secara jangka masa panjang atau pendek bergantung kepada had masa kegembiraan
tersebut. Menurut Freud, hubungan kita
dengan ibu bapa kita sejak kecil lagi adalah penentu yang sangat penting kepada
kebahagiaan kemudian hari.
Kegembiraan ialah emosi yang sangat menyenangkan, merupakan
salah satu kepuasan dalam hidup. Penyelidik mendefinisikan kegembiraan kepada
dua cara iaitu tanggapan bahawa hidup ini sangat memuaskan dan mendominasikan
positif emosi daripada negatif emosi. Apa yang kita ketahui orang yang gembira
tidak berbeza dari segi jantina dalam keseluruhan kegembiraan, secara global,
kepuasan hidup, dan secara budaya dan negara. Tidak ada perbezan yang ketara
dari segi umur namun begitu terdapat beberapa situasi yang menyebabkan orang
yang gembira berbeza mengikut umur.
Emosi Kesedihan
Emosi sedih akan timbul bilamana seseorang berhadapan dengan
keadaan yang mengecewakan, menggelisahkan atau muncul sebagai akibat
penderitaan kerana luka atau sakit. Emosi sedih boleh membuatkan seseorang itu
berasa tertekan dan murung. Justeru, apabila seseorang berasa sedih, dia
hendaklah mengawal perasaan itu dengan sebaiknya. Membuat aktiviti seperti
bersenam, berjumpa kawan-kawan dan sebagainya dapat melupakan seketika perasaan
sedih itu. Jika boleh, kongsi perasaan sedih itu bersama teman rapat agar
perasaan sedih dapat dikurangkan.
Islam lebih menganjurkan umatnya supaya tidak bersedih
kepada perkara-perkara yang melalaikan dan bersedih sehingga melemahkan diri
serta sehingga melahirkan kata-kata mengkufurkan Allah s.w.t. Dalam al Qur’an
ada menjelaskan mengenai emosi sedih. Hal ini sebagaiman firman Allah s.w.t
dalam surah al Baqarah ayat 277.
Maksud-Nya : Sesungguhnya orang-orang yang beriman,
mengerjakan amal saleh, mendirikan shalat dan menunaikan zakat, mereka mendapat
pahala di sisi Tuhannya. tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak
(pula) mereka bersedih hati.
Emosi sedih akan timbul apabila seseorang dihadapkan pada
keadaan yang
mengecewakan, menggelisahkan atau muncul sebagai akibat
penderitaan kerana luka atau sakit.
Emosi sedih boleh membuatkan seseorang itu berasa tertekan
dan murung. Justeru, apabila seseorang berasa sedih, dia hendaklah mengawal
perasaan itu dengan sebaiknya. Membuat aktiviti seperti bersenam, berjumpa
kawan-kawan dan sebagainya dapat melupakan seketika perasaan sedih itu. Jika
boleh, kongsi perasaan sedih itu bersama teman rapat agar perasaan sedih dapat
dikurangkan.
Masalah pada sistem pernafasan terutama paru-paru boleh
membuat seseorang nampak selalu sedih sepanjang hari. Kebetulan, serangan asma
dan radang tekak cenderung juga lebih sering terjadi dalam suasana duka,
batuk-batuk lebih sering dialami orang yang hidupnya menderita.
Emosi Marah
Emosi marah merupakan salah satu perasaan yang timbul
apabila manusia berasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara. Kebiasaannya
ia diiringi oleh perubahan fisiologi seperti muka menjadi marah, anggota badan
menggeletar, pergerakan dan pertuturan bercelaru. Kadang-kala ia diiringi oleh
kelakuan luaran seperti cacian, deraan, kutukan dan dendam.
Emosi marah adalah antara naluri semulajadi manusia yang
dijadikan oleh Allah s.w.t untuk keperluan hidupnya. Sebagai satu sifat yang
semulajadi, pada asalnya mempunyai emosi marah bukanlah suatu kecacatan atau
kekurangan manusia. Namun begitu, emosi marah ini boleh menjadi sifat yang
keji, jika kemarahan itu menimbulkan perasaan dendam dan melampaui batas
kemanusiaan.
Emosi marah merupakan naluri semulajadi manusia yang sedia
wujud. Emosi marah ini boleh memberi manfaat kepada manusia jika digunakan
untuk kebenaran dan keadilan. Tetapi emosi marah yang tidak dapat dikawal dan
menurut hawa nafsu adalah dilarang dalam Islam kerana ia boleh membawa kepada
kemudaratan diri dan orang lain.
Marah adalah naluri kepada manusia normal. Tidak ada manusia
yang tidak mempunyai perasaan marah. Hatta para nabi dan rasul, sahabat-sahabat
ridhwanu ‘alaih, salafussoleh, juga mempunyai perasaan marah. Bezanya adalah
kemarahan mereka itu dikawal dengan iman, mereka marah apabila agama Allah
diperkotak-katikkan, mereka marah apabila hukum Tuhan dipermainkan, mereka
marah apabila berlakunya kemaksiatan. Dan marah mereka, bukanlah marah yang
berlandaskan nafsu tetapi marah yang sememangnya perlu. Tetapi merenung diri
sendiri, kita tidaklah sesempurna itu kerana kita juga manusia biasa yang
mengalami peningkatan dan penurunan iman.
Apabila manusia gagal mengawal perasaan marah, timbul lah
penyakit baran. Baran dapat dikesan apabila seseorang itu mudah melenting,
cepat merasa marah dan perkara ini berlaku secara berulang-ulang kali. Ketika
ini, mindanya berada di bawah separa sedar lalu menyebabkan kegagalannya
menahan perasaan marah. Baran yang kronik boleh membawa kepada kesan yang
membahayakan diri sendiri dan orang lain. Oleh kerana itu Rasulullah SAW
bersabda dalam menasihati ummat baginda, mafhumnya:
Emosi Takut
Berdasarkan ayat-ayat al-Qur’an, hadith dan pendapat para ulama’, kejadian manusia adalah terdiri daripada unsur jasmani dan rohani, maka Islam tidak pernah menafikan tentang wujudnya emosi dalam diri manusia. Malah al-Qur’an telah menggambarkan beberapa bentuk emosi yang terdapat dalam diri manusia seperti :
Emosi Takut
Iman al-Ghazali dalam menghuraikan emosi takut telah
mengibaratkan ia sebagai sesuatu yang menikam dan terbakar di dalam hati
disebabkan oleh datangnya sesuatu perkara yang sangat dibenci dan tidak
diingini. Prof Madya Dr Ab Aziz Mohd Zin pensyarah di Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya telah menjelaskan bahawa emosi takut merupakan perasaan yang
ada pada diri manusia. Manusia akan merasa takut apabila berhadapan dengan
perkara yang merbahaya dan kemudaratan. Hal ini sebagaimana dalam Firman Allah
s.w.t dalam surah al-An’am ayat 15 yang mana telah menjelaskan tentang emosi
takut yang wujud pada manusia.
Maksud-Nya : Katakanlah: "Sesungguhnya Aku takut akan
azab hari yang besar (hari kiamat), jika Aku mendurhakai Tuhanku."
Berdasarkan ayat-ayat al-Quran yang menyentuh tentang emosi
takut, Muhammad Uthman Najati dalam bukunya al-Qur’an wa Ilm al-Nafs telah
membahagikan perasaan takut yang ada pada manusia kepada beberapa jenis iaitu
takut kepada Allah s.w.t, manusia dan juga takut kepada kematian serta
kemiskinan.
Takut
Takut adalah perasaan yang sangat mendorong individu untuk
menjauhi sesuatu dan sedapt mungkin menghindari kontak dengan hal itu. Bentuk
ekstrem dari rasa takut adalah takut yang parhologis, yang disebut fobia-fobia
adalah perasaan takut terhadap hal-hal tertentu yang demikian kuatnya, meskipun
tidak ada alasan yang nyata, misalnya
takut terhadap tempat sempit dan tertutup (claustio phobia), takut terhadap
kerumunan orang atau tempat-tempat yang ramai (achio phobia).
Rasa takut yang lain merupakan kelainan kejiwaan adalah
kecemasan (anaxiety) yaitu rasa takut yang tidak jelas sasarannya dan juga
tidak jelas sasarannya. Kecemasasn yang terus-menerus biasanya terdapat pada
panderita-penderita (psikoneurosis).
Jika bukan kerana sifatnya yang memang penakut, seseorang yang
selalu ketakutan mungkin punya masalah dengan ginjal. Kemungkinan lainnya
adalah tekanan berlebih pada tulang punggung bahagian bawah, infeksi saluran
kencing atau gangguan fungsi seksual.
Konsep Emosi Menurut Perspektif Islam
Emosi didefinisikan sebagai suatu ekspresi perasaan naluri yang kuat seperti sayang, gembira, malu, sedih, takut dan sebagainya. Iaitu kehebatan dan kesensitifan perasaan yang selalunya diluahkan dari dalaman kepada tingkah laku tertentu atau cara kita menyampaikan perasaan. Perasaan-perasaan yang kuat ini akan mempengaruhi tindak balas luaran sama ada pada perubahan tubuh fizikal terkawal seperti mimik muka dan tidak terkawal seperti badan berpeluh kerana ketakutan
Dalam istilah Psikologi, emosi merupakan bahasa dalaman
seseorang yang berkait rapat dengan tindak balas (fizikal) daripada sensitiviti
perasaan dalaman dan luaran (pergaulan sosial). Ia adalah suatu pergerakan
dalam minda yang dikeluarkan oleh pengaruh luaran. Minda adalah pasif dan
sentiasa menerima semua yang terlintas untuk mempengaruhinya. Apabila minda
tersebut bangkit untuk menunjukkan apa yang dirasainya, maka itulah yang
dimaksudkan sebagai emosi.
Kesihatan mental
Kesihatan mental seseorang
sering dikaitkan dengan rasa ceria, rasa positif dan gembira. Apakah
situasi yang akan menjadikan seseorang
negatif? Menurut rukun tindakan dan tindak balas , setiap akibat pasti mempunyai puncanya. Jika diri anda merasa
tegang dan sentiasa tertekanan, rasa negatif, ini bagaikan badan yang sedang
sakit. Ia pasti mempunyai punca yang tertentu dan pasti dapat dikesan.
Enam Jenis Emosi Yang Memudaratkan Kesihatan
Ada enam jenis emosi yang apabila dibiarkan akan
memudaratkan kesihatan.
- Marah yang berlebihan dapat menyebabkan sakit jantung.
- Takut yang berlebihan menyebabkan kemurungan.
- Kebimbangan yang berlebihan memudaratkan buah pinggang.
- Sedih yang berlebihan menyebabkan sakit pada paru-paru.
- Gembira yang berlebihan menyebabkan sakit jantung.
- Malu yang berlebihan menyebabkan penyakit seperti ulser dan penyakit hati.
Wednesday, 11 March 2015
Maksud Emosi
Maksud Emosi
Keadaan mental yang kuat merujuk kepada satu perasaan dan
fikiran-fikiran yang khas, satu keadaan biologi dan psikologi, dan serangkaian
kecenderungan untuk bertindak.
Perasaan manusia ini wujud hasil daripada beberapa faktor.
Salah satu faktor adalah oleh sebab keadaan fizik yang mempengaruhinya. Sebagai
contoh: Ada beberapa penyakit kronik yang mempengaruhi perasaan tertentu
sepanjang waktu.
Dalam Ilmu
perubatan dari China menjelaskan bahawa terdapat 6 emosi atau perasaan yang
dialami oleh manusia. Ia mengatakan bahawa sekiranya salah-satu daripada
perasaan ini muncul sepanjang waktu dan lebih dominan (menguasai diri)
berbanding dengan perasaan lain, maka kemungkinannya perasaan itu menandakan
adanya penyakit dalam tubuh seseorang..
Subscribe to:
Posts (Atom)