Pelbagai cara dapat dipraktikkan untuk menghilangkan rasa
sengsara, sedih dan kecewa tetapi keberkesanannya terpulang pada ketahanan
mental, emosi dan kesabaran anda. Di sini, terdapat 7 tips asas untuk
menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara-cara untuk
berdepan dengan emosi tersebut.
Latih minda melupakan kenangan pahit.
Melatih minda melupakan kenangan pahit perlulah
diaplikasikan secara berterusan. Anda akan sering merasa sedih dan suram
apabila mengenang kembali kenangan pahit dan memori silam yang lalu. Kita
seharusnya memisahkan hubungan di antara perasaan kini dengan emosi yang lalu
bagi menetapkan azam dan fokus kepada keluarga, rakan-rakan, kerjaya, cita-cita
dan masa depan. Anda tidak dapat melupakan semua memori pahit secara serentak,
maka haruslah dilakukan secara berperingkat dengan mengalihkan perhatian anda
kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan
adanya disiplin diri.
Buang perasaan risau yang melampau.
Ada dua kesan dari sikap risau yang melampau, pertama ia
menarik masalah dan musibah dan yang kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan
anda dari segi fizikal dan mental. Perasaan risau yang melampau boleh membuat
anda selalu menjadi sedih dan kecewa malah takut. Anda haruslah belajar untuk
bertenang dan melatih diri anda mengawal emosi bagi mengurangkan perasaan risau
yang melampau.
Belajar rajin bersyukur.
Ucap syukur ke atas kesemua yang anda ada, misalnya ucap
syukur kerana anda masih boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur
dan juga mempunyai kawan rapat yang memahami. Ucap syukur seikhlas hati,
sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke
dalam diri anda.
Belajar menjadi pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif
dan emosi-emosi negatif (seperti takut, sedih, kecewa, marah, cemburu dan
dendam). Ia juga dapat meneutralkan gelombang fikiran negatif yang terdapat di
minda anda. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tak
memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu atau anda tak memaafkan kesalahan
orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Belajarlah menjadi seorang
pemaaf dan ia dapat menghilangkan perasaan-perasaan negatif dan menarik
ketenangan datang pada diri anda.
Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawalah apabila terdapat perkara yang menggembirakan anda
dan menjadikan anda girang. Tontonlah video yang lucu atau baca cerita yang
lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny
side" dalam setiap situasi, agar anda boleh ketawa secara semulajadi.
Ketawa dapat menghilangkan rasa sedih dan kecewa dalam diri anda.
Ubah fikiran
Kita tidak boleh mengubah situasi yang membuatkan kita
kecewa, sedih dan murung tetapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang
kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia.
Rahsianya, cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan. Walaupun perkara
tidak berpihak kepada anda, tetapi anda harus mencari cara bagaimana anda boleh
jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Anda menjadi apa yang anda selalu
fikirkan. Fikiran yang buruk akan mendapat akibat yang buruk. Ini hukum alam
dinamakan hukum sebab dan akibat atau dikenali ‘Law Of Attraction’.
Keraskan hati.
Keraskan hati anda bermaksud hati anda mempunyai kesabaran
yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka.
Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar
dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. Buat baik,
dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Itulah perlunya kita bersikap baik dan
berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.
Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya dan
lafazkan dengan nada berbisik, relaks dan tidak terlalu mendesak diri. Selepas
bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk anda dan
tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru itu hari yang baik, lebih baik
dari sebelumnya.
No comments:
Post a Comment