Bolehkah kita tidak beremosi?
Jawapannya ialah tidak, kerana
apabila kita berada dalam keadaan emosi yang baik maka segala urusan yang kita
buat akan menjadi baik dan lancar. Kita akan bekerja lebih produktif. Emosi
juga membolehkan kita memahami emosi orang lain. Emosi yang dipamerkan juga
dapat menilai kematangan setiap orang.
Dalam membicarakan kematangan emosi pula, kita perlu lihat
dari lima sudut:
Kewarasan diri.
Ini merupakan kebolehan kita untuk menyedari perasaan kita
sendiri. Jadi, apabila kita beremosi, kita harus sedar apakah perasaan yang
sedag kita hadapi. Marah? takut? meluat? sedih?
Pengurusan diri.
Ini pula adalah kebolehan kita untuk menguruskan emosi diri
kita dan mengawal desakan dari dalam. Dari sini kita boleh lihat jika seseorang
itu tidak dapat mengawal emosinya maka dia akan memberontak dan mempamerkan
emosi yang sedang dia hadapi.
Motivasi diri
Motivasi merupakan dorongan kepada kita. Jika dilihat dari
sudut emosi pula ialah ia merupakan kebolehan untuk bertahan apabila berhadapan
dengan halangan yang boleh menyebabkan kita beremosi.
Empati
Empati merupakan kebolehan kita merasai apa yang orang lain
rasa. Ia bukan sekadar simpati, malah lebih dari itu. Contohnya jika rakan kita
mempamerkan emosi kegembiraan kerana mendapat kenaikan pangkat, kita akan
mempamerkan emosi yang sama juga seolah-olah kita pun mendapat kenaikan
pangkat.
Kemahiran sosial
Ini merupakan kemahiran kita mengendalikan emosi orang lain.
Kemahiran ini penting kerana kadang-kadang atas nasihat kita, kita berjaya mengawal
emosi orang daripada berlebihan. Tetapi ada juga keadaan dimana atas nasihat
kita, emosi seseorang itu akan jadi berlebihan.
Semua orang pernah beremosi. Pengurus pasukan bolasepak
perlu kemahiran sosial untuk untuk meningkatkan emosi pemainnya bagi mencapai
kemenangan. Ibubapa pula tidak seharusnya mempamerkan emosi ketakutan dihadapan
anak-anak jika berada didalam situasi yang menakutkan. Oleh itu, sama-samalah
kita mengurus emosi kita dengan baik kerana emosi ada baik dan buruknya.
No comments:
Post a Comment