Tekanan merupakan satu pengalaman yang lumrah dalam
kehidupan manusia. Setiap manusia tidak dapat lari daripada tekanan yang boleh
berpunca daripada peristiwa-peristiwa dalam kehidupan baik dalam bentuk
fizikal, sosial dan psikologikal. Kesan tekanan ke atas seseorang individu
banyak bergantung kepada ciri-ciri dan sikap individu itu bagaimana untuk
mengatasinya.
Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai usaha
dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu usaha dalam
meningkatkan mutu sistem pendidikan di Malaysia. Dengan pelaksanaan
pelbagai-bagai reformasi ini, tugas, peranan dan tanggungjawab guru menjadi
semakin mencabar.Tekanan terhadap guru memang berkecenderungan untuk
menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa,
kekecewaan dan kebimbangan.
Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan
memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran
dan pembelajaran seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga
profesion perguruan. Bukan sekadar itu, masalah ini akan membantutkan usaha
mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan
dan kegemilangan mutu pendidikan.
Peratusan kadar stress dalam kalangan pekerja di Malaysia
yang telah dicatatkan pada tahun 2011 juga menunjukkan bahawa guru berada pada tempat keempat dengan
peratusan sebanyak 45.8 % berbanding pekerjaan-pekerjaan yang lain seperti
jururawat, doktor dan sebagainya. Statistik ini membuktikan bahawa tugas guru
ini bukan tugasan biasa dan mudah seperti yang diperkatakan oleh sesetengah
pihak.
Punca Stress/burnout
Punca stress/burnout di kalangan guru boleh dibahagikan
kepada dua kategori, iaitu punca profesional dan punca peribadi:-
Punca professional
1. Persekitaran kerja
Persekitaran kerja yang kurang kondusif boleh menjadi punca
berlakunya stres di kalangan guru. Misalnya ruang kerja yang sempit dan kelas
yang tidak selesa boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada guru. Ditambah
dengan kemudahan sekolah yang tidak mencukupi untuk keperluan sendiri dan pelajar
serta pelbagai isu pendidikan dalam negara.
2. Perubahan
Perubahan peningkatan populasi dalam masyarakat, peningkatan
taraf hidup dan jenayah yang memberikan impak negatif dalam tingkah laku
pelajar menyebabkan seseorang guru itu harus melakukan perubahan dalam
kehidupan profesional dan peribadinya. Perubahan boleh menyebabkan terganggunya
sistem keseimbangan dalam diri seseorang individu itu. Contohnya, banyak
perubahan telah berlaku dalam mobiliti masyarakat Malaysia pada hari ini.
Antaranya, penambahan golongan etnik dalam pendidikan. Pelajar dari golongan etnik
ini kurang fasih atau tidak tahu langsung berbahasa Melayu. Oleh itu, hal ini
memberikan tekanan kepada guru Bahasa Melayu untuk memenuhi kurikulum
pendidikan.
Punca peribadi
1. Kesihatan
Keadaan kesihatan guru yang terjejas akibat kemalangan atau
berlaku kematian dalam kalangan keluarga.
2. Perhubungan
Oleh sebab banyak perubahan dalam masyarakat pada hari ini,
misalnya peningkatan kadar jenayah, guru memerlukan sokongan dan hubungan yang
baik dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Apabila berlaku perselisihan faham
maka ini boleh menyebabkan stress terhadap guru tersebut.
3. Kewangan
Gaji yang rendah berbanding dengan profesion yang lain
membataskan aktiviti riadah dan taraf hidup seseorang guru.
4. Taraf hidup
Gaji yang rendah menyebabkan sukar untuk guru menikmati dan
memberikan taraf hidup yang baik bagi keluarga mereka. Disamping itu, memiliki
rumah sendiri juga sukar terutamanya bagi guru yang baru mengajar.
5. Aktiviti riadah
Gaji yang rendah membataskan pilihan guru melakukan aktiviti
riadah bersama keluarga
No comments:
Post a Comment