Thursday, 12 March 2015

Hubungan emosi dengan kesihatan manusia

Emosi yang sihat berkait rapat dengan setiap tindak-tanduk kita, justeru ia wajar diberi perhatian. Apabila emosi sihat, perasaan serta tindakan juga akan lebih terkawal. Individu akan lebih tabah menghadapi dugaan, mampu menjalinkan perhubungan yang bermakna dan bersemangat kental. Mental sihat, cergas dari segi mental bukan bermakna kita hidup tanpa sebarang masalah dan kedukaan. Sebaliknya apa yang dimaksudkan di sini ialah keupayaan untuk menghadapi segala cabaran dalam kehidupan bersandarkan kekuatan yang dimiliki. Penjagaan fizikal jaminan emosi sihat, walau berapa pun usia, perhatian yang diberikan terhadap kesihatan fizikal, iaitu dengan menjaga tubuh badan akan sekali gus menjadikan mental lebih sihat. Hal ini kerana sewaktu bersenam, otak dan sistem saraf akan menghasilkan sejenis kimia yang dinamakan endorfin yang mampu menceriakan mood seseorang. Senaman dapat meredakan tekanan, mengurangkan kerisauan dan kemurungan. Mengamalkan corak pemakanan yang seimbang dan memastikan badan mendapat zat makanan yang diperlukan dengan secukupnya. Cara paling mudah ialah dengan mengambil makanan tambahan.


Terlalu beremosi boleh membawa kemudaratan kepada kesihatan disamping mengarahkan diri kepada penyakit-penyakit. Emosi marah yang berlebihan dapat menyebabkan sakit jantung. Takut yang berlebihan menyebabkan kemurungan. Kebimbangan yang berlebihan memudaratkan buah pinggang. Sedih yang berlebihan menyebabkan sakit jantung. Malu yang berlebihan menyebabkan penyakit seperti ulser dan penyakit hati

No comments:

Post a Comment