Thursday, 12 March 2015

Bebanan tugas yang semakin mencabar

Peningkatan kualiti dalam aspek pendidikan masa kini menyebabkan beberapa perubahan besar berlaku kepada sistem pendidikan kebangsaan. Beberapa rangka program telah diperkenalkan oleh kementerian pendidikan demi menjamin produk yang berkualiti dapat dihasilkan. Walau bagaimanapun, dengan pelaksanaan program program ini, ianya memberi kesan yang besar kepada para guru. 

Masa kini,  profesion perguruan tidak hanya sekadar menjadi tenaga pengajar kepada klien iaitu murid tetapi terpaksa menjalankan tugas pengkeranian yang tidak pernah kehabisan demi menjayakan program program yang dilancarkan. Guru terpaksa menulis laporan, menjalankan kajian, mengumpul data kajian dan merangka perubahan terhadap peningkatan prestasi murid. Walaupun pada Oktober 2010, Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan satu kenyataan media berhubung dengan permasalahan ini, ianya tidak dapat membantu bebanan tugasan guru.



No comments:

Post a Comment